Funduscopy

S1125706B,"A ABDUL, WAHID",2007-08-02,11:30:07,Color,#2,,0,3,0,1,5,6,50.0,1.88,00013702:0002EEE5,00000000:00000000/#00
Saringan Diabetik Retinopati
Saringan Hipertensi Retinopati
Saringan Retina Detachment

Apa Itu Diabetik Retinopati?

Diabetik Retinopati ialah kerosakan pada retina yang disebabkan oleh komplikasi penyakit diabetes. Paras gula yang tinggi dalam darah menyebabkan salur darah tersumbat dan terhasil salur darah baru yang rapuh dan mudah pecah. Ini mengakibatkan penglihatan mata merosot dan seterusnya boleh menyebabkan kebutaan.

Tanda Dan Gejala Diabetik Retinopati

Tiada tanda dan gejala di peringkat awal

Melihat apungan (floaters) atau bintik hitam di dalam mata

Kabur penglihatan

Penglihatan terhalang (black spot) di kawasan tengah penglihatan

Sukar melihat dengan jelas di waktu malam

Diplopia (melihat imej berganda)

Mata merah

Peningkatan tekanan mata

Faktor Risiko Diabetik Retinopati

Tempoh menghidap Diabetes Melitus – risiko lebih tinggi jika menghidap Diabetes Mellitus lebih lama

Paras gula dalam darah yang tidak dikawal

Berat badan berlebihan atau obesiti

Merokok

Lain-lain masalah kesihatan – darah tinggi dan kolesterol yang tidak terkawal

Pesakit diabetes yang sedang hamil

Credit : www.myhealth.gov.my
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on google
Share on email